Friday, September 4, 2009

Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam juga...

Peribahasa....

Masyarakat Melayu kaya dengan peribahasa antara peribahasanya ialah 'Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam'maksudnya ialah jika seseorang itu lemah dalam sesuatu perkara kalau dia berusaha pasti akan berjaya.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Aiman yang hidup dalam serba kemewahan,dimana kedua orang tuanya adalah penjawat awam yang berpangkat tinggi di jabatan kerajaan.
Kehidupan Aiman setiap hari hanya di awasi oleh orang gajinya dimana semua kehendak Aiman akan di turutinya maka berlakulah sikap tidak ambil tahu tentang pelajaran.Jadual masa orang tuanya yang hanya pulang pada lewat malam membuatkan Aiman jarang didampingi dan diajak berbincang mengenai pelajaran.Maka jurang kasih sayang telah berlaku.
Di sekolah, pencapaian Aiman kurang memuaskan menyebabkan guru tingkatan pun berasa hairan,mengapa boleh sedemikian.Puas juga guru tingkatan memujuk Aiman supaya memberitahu bagaimana boleh terjadi.
Maka pada suatu hari,tanpa pengetahuan Aiman guru tingkatan dan rakan-rakannya telah mengekori untuk mengetahui dimana rumah Aiman.Alangkah terkejutnya mereka bahawa Aiman adalah anak kepada penjawat awam yang tinggal dikawasan perumahan berstatus orang ternama.Keesokan harinya,guru tingkatan telah menemubual Aiman secara berseorangan di bilik pengetua untuk berbincang tentang prestasi pelajaran Aiman.Maka terbongkarlah kisah sebenar,tetapi guru tingkatan amat simpati dan sanggup menolong Aiman untuk memperbaiki prestasi pelajarannya.
Aiman pun terharu lalu,menangis dan gembira kerana masih ada orang yang mahu mengambil berat tentang dirinya.Mula pada hari itu jua,Aiman telah berjanji dan akan melakukan tugasan dan kerja rumah yang diberi oleh setiap guru.Selang beberapa bulan,pencapaian Aiman adalah baik.Sikap Aiman juga membuatkan guru-guru dan rakan-rakan sanggup membantu dalam menangani masalah pelajaran Aiman.
Peperiksaan PMR pun akan bermula pada bulan Oktober.Aiman berasa senang hati kerana dia telah mengulang kaji kesemua mata pelajarannya.Masa peperiksaan pun tiba,Aiman dengan tenang menjawab soalan peperiksaan.Dari kertas pertama hingga kertas terakhir Aiman berjaya menjawab dengan yakin.Berkat doa dan tunjuk ajar guru-guru serta rakan-rakan Aiman di nobatkan sebagai pelajar cemerlang PMR 2009 dimana dia mendapat 9A di dalam keputusan yang baru dikemukakan oleh pihak sekolah.Ini bermakna'belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam'.

:) athirah

No comments:

Post a Comment