Friday, September 25, 2009

Hari raya...

Salam Lebaran,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin :)
Hari Raya tahun ini sangat bermakna bagi aku sebab dapat jumpa saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa.Raya tahun ini,aku dan keluarga beraya di Selayang Baru.Semasa puasa yang terakhir,aku dah makngah pergi ke Selayang Mall untuk membeli persiapan hari raya.Aku dan makngah singgah di kedai bunga untuk membeli pasu dan selepas makngah aku membayar pasu tersebut,kami pun keluar untuk mencari juadah berbuka puasa.Kami dapat menjamah minuman sahaja untuk mengalas perut.Selepas itu,makngah mencari tempat duduk sementara aku pergi membeli aiskrim berperisa 'Mint' di Famous Amous.Semasa aku sedang membayar,tiba-tiba aku terdengar satu bunyi...rupanya pasu yang dibeli oleh makngah.Aku pun terus pergi,dan memberitahu perkara yang terjadi kepada makngah.Makngah aku kelihatan seperti marah dan dia terus mengambil pasu itu untuk diganti yang baru.Aku pun berasa sangat sedih kerana dimarahi makngah.Begitulah kisahnya,tapi aku dah minta maaf dah! jangan risau ok! $ raya dah banyak ni..nak buat apa dengan $ yang banyak???jawapnya simpanlah di bank...
:) athirah